Pages

Perginya seorang pejuang.

Asalnya ayah seorang penyokong kuat Umno di kampung.

Selain dari melibatkan diri dengan aktiviti di masjid, ayah juga adalah ahli pasukan kompang.

Bila waktu Maulidur-Rasul tiba, ayah dan kumpulan nya akan memukul kompang sambil melagukan puji-pujian keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Apabila ada keramaian atau orang-orang atasan politik datang melawat kampung, ayah dan ahli pasukan kompang nya akan memakai t-shirt Barisan Nasional sambil memukul kompang. Aku merasa amat megah dengan ayahku melihat dia memakai t-shirt BN gambar Dr. Mahathir.

Perubahan angin politik ditahun 1997 telah mengubah pendirian ayah. Ayah mula cenderung menyokong PAS secara terang-terangan dikampung.

Ayah adalah diantara penyokong yang berusaha menubuhkan cawangan PAS dikampung.

Ayah berusaha pergi mendengar ceramah-ceramah politik PAS di merata-rata tempat. Bila ada pilihanraya kecil dimana calon PAS bertanding, ayah sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi sokongan moral dan sedikit wang ringgit.

Ayah telah menjadi seorang "hardcore" PAS.

Ayah sentiasa berusaha memperbaiki bacaan Al-Quran nya dengan menghadiri kelas-kelas tajwid di masjid. Akhirnya ayah sudah mampu mengajar tajwid dan mempunyai beberapa orang anak murid.

Ayah rajin membaca buku-buku Fekah dan tajwid untuk mendalami ilmunya. Bersungguh-sungguh dia mengajar anak-anaknya membaca Fatihah mengikut tajwid dan sebutan yang betul.

Walaupun ibu seorang ahli jawatankuasa wanita Umno dikampung, ayah tidak pernah menghalang ibu bermesyuarat di rumah atau dimana-mana dewan Umno.

Ayah tidak pernah menghalang ibu mengikuti rombongan atau aktiviti-aktiviti sosial tajaan Umno kampung selagi ibu menutup aurat dan menjaga akhlak seorang muslimah. Ayah juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PAS cawangan untuk satu penggal.

Ayah selalu bermurah hati menumpangkan orang dirumah samada warga tempatan mahupun asing. Ayah juga kerap ditipu akibat dari sikap mengambil beratnya.

Ayah dan ibu juga rajin melibatkan diri didalam Program anak angkat anjuran universiti-universiti tempatan dengan kerjasama ketua kampung.

Dari hidupnya sehingga matinya tidak pernah ayah menyusahkan anak-anaknya samaada wang ringgit mahupun pertolongan.

Ayah telah berjuang sehingga keakhir hayatnya dan aku bersyukur kehadrat Illahi kerana ayah telah pergi dengan aman.

Al-Fatihah...
















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































0 comments:

Post a Comment