AYAH; Bermula satu perjalanan yang panjang..
Ayah telah selamat kembali ke rahmatullah pada hari Khamis jam 11.30 pagi bertarikh 22 Safar 1432 | 27 hb. January 2011 di rumahnya...Al Fatihah..
Tarikh Lahir : 25 Zulkaedah 1358 | 5hb Jan 1940.
Berumur : 71 tahun.
Punca Kematian : Sakit jantung.
Akibat : Paru-paru berair, bengkak pada jantung, buah pinggang mengecut.
"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis"; (An-Najm 53:43) |

















"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan"; (An-Najm 53:44) |









Dalil: a. an ...Najm:41 (maksud)," bahawa seseorang tiada memperoleh selain apa yang ia usahakan." anak yang soleh ialah termasuk hasil usaha orang tuanya jua.
Dalil Hadis: "apabila anak Adam mati, putuslah amal perbuatannya kecuali: sedeqah jariah, ilmu yang terus dimanfa'atkan serta anak yang mendo'akannya."
Bagaimana cara terbaik berbakti kepada kedua orangtua?
Menurut hadis dalam al Musnad Imam Hanbali:
1.memohon keampuan untuknya
2. melaksanakan amanah dan wasiatnya
3. hormat kepada sahabat tolannya
4. selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya.
Menurut kitab Sayyid sabiq, Fiqh Sunnah:
Cara berbakti kepada kedua ibubapa:
1. menunaikan haji untuknya (jika belum haji)
2. berpuasa untuknya
3. solat sunat untuknya
4. sedeqah atas namanya
5. membaca alqur'an untuknya.


0 comments:
Post a Comment