Percutian Ke Kelumpang Resort
Pada asalnya aku hanya pulang ke kampung sempena cuti panjang Gong Xi Fa Cai.
Baru tido satu malam, besok pagi da ada plan nak pergi konvoi. Madam aku yang cadangkan Kalumpang Resort. Sebenarnya dia dah lama plan nak datang sini tapi belum terlaksana.
Dengan cuti panjang yang kitorang ada, 3 buah kereta bertolak dulu dari rumah mak. Perjalanan hanya lebih kurang 45 minit. Sampai jer, madam terus meng"check-in" bilik. Dapat satu bilik. Layang 3 dengan sewa RM 150/mlm. Ok la kot!..tapi bilik puas hati dengan kapasiti kitorang semua.
Si akak pun ikut sekali kali ni..Payah bebenor nak ngajak dia keluar..tapi kali ni alhamdulillah, dia nak ikut. cuma masa balik dia dah tak rajin nak melayan idea Si adik makan di Hiong Kong, Sg. Buluh. "Ko pun satu la dik, mana punya idea la yang ko cadangkan, mandi di Kelumpang, melintas rumah pasal nak pergi lunch di Kepong, lepas makan baru pusing balik rumah plak, punya la dia kena pusing satu dunia baru boleh sampai rumah"
Chalet Layang 3. Harga: RM 150 untuk satu malam
Pemandangan disekeliling hutan ni, memang mendamaikan. Rasa relax skit otak aku..budak-budak tak tunggu lama nak layan mandiii...eee..sejuk nyerr



Si Faisal ni stress sebab tak dapat nak subscribe Wi-fi.. untuk subscribe Wi-fi RM 20...rasa cam tak berbaloi jerr..malas aku nak layan..
Besoknya hari mandi kolam pulak..sejuk bagai nak gilerr..seronok aku tengok anak-anak aku gembira..Alhamdulillah!
Malam kitorang semua keluar makan di Perahu Pecah Tomyam, Tanjung Malim. Lepas makan pusing satu Pekan Tanjung Malim..Senyap sunyi jerr..jam baru pukul 9 pm.
Masa nak balik ada stress skit...tapi semua nya well organise..semua ok jerr.
0 comments:
Post a Comment