EVOLUSI MINDA
Disalin dari Luckyhappyboy.Blogspot
Hampir sembilan puluh peratus kanak- kanak terlupa bagaimana untuk memenafaatkan keupayaan genius mereka apabila meningkat dewasa. Ini berlaku kerana kurangnya penekanan dan peneguhan ke atas penggunaan daya visualisasi dan imaginasi mereka. Ini berlaku ketika kanak- kanak menghampiri usia akil baligh apabila minda mereka lebih menumpukan kepada fizikal dan timbulnya keinginan kepada jantina yang berlawanan.
Perkembangan yang mendadak dari segi fizikal yang menjurus ke arah itu menambahkan lagi keinginan kepada jantina yang berlawanan. Dalam keadaan ini amat penting melakukan latihan mental untuk menguatkan minda dan mengujudkan keseimbangan yang harmonis di antara fizikal dan mental. Sewaktu kita di alam rahim lagi, janin telah mengeluarkan gelombang delta. Gelombang minda ini terhasil daripada tenaga elektrik yang dihasilkan oleh minda.
Tenaga ini tergolong kepada beberapa pola atau ritma. Delta adalah gelombang minda yang paling lemah di antara 0.5 hingga 4 kitaran sesaat. Ini berterusan sehingga empat tahun usia seseorang kanak- kanak itu. Pada tahap ini bayi/kanak-kanak ini mula belajar menggunakan pancainderanya. Indera yang pertama yang digunakan oleh kanak- kanak ialah sentuhan diikuti oleh rasaan, hiduan kemudian pendengaran dan penglihatan.Apabila usia kanak- kanak itu meningkat empat tahun mindanya akan bergetar dalam frekuensi Theta.
Ada dikatakan bahawa pada ketika ini seseorang kanak- kanak itu telah merakamkan tujuh puluh lima peratus pengetahuan ke atas sel otaknya untuk digunakan sepanjang hidupnya. Frekuensi Alfa terhasil ketika usia kanak- kanak itu di antara tujuh hingga empat belas tahun. Frekuensi yang lain masih digunakan tetapi lebih banyak menggunakan frekuensi yang sejajar dengan usianya.
Di dalam gelombang Alfa seseorang kanak- kanak itu mula menggunakan maklumat yang telah dirakamkan di atas sel otak dan cuba menyesuaikannya dengan maklumat- maklumat baru yang telah diterima. Kanak – kanak itu akan mencipta ide yang baru dan mengkagumkan, penyelesaian kepada masalah dan ciptaan yang berbagai. Teman sepermainan yang dibayangkannya Kelihatan seperti benar- benar ujud. Dia menunjukkan kelebihan yang sama seperti yang Dilalui oleh pengamal Kaedah silva. Dengan menggunakan kaedah ini kita belajar untuk berfungsi sama seperti ketika kita kecil dahulu dengan kembali mempelajari bagaimana untuk berfungsi dan mengawal minda ketika di dalam frekuensi alfa.
Selepas atau ketika usia 14 tahun , kanak- kanak mula melalui zaman akil baligh. Dia mula memberikan fokus kepada keadaan sekelilingnya dan dengan itu lebih banyak menggunakan frekuensi Beta. Dia menjadi lebih logik, dan banyak menggunakan taakulan dan analatikal. Dia telah membenamkan pengalamannya berfungsi di dalam frekuensi Alfa, Delta dan Thetanya ke dalam dimensi luarsedar. Akhirnya beliau melupakan kekuatan dan kepakaran menggunakan kebolehannya yang asli. Kanak- kanak perlu diajar agar mengekalkan keupayaan mentalnya melalui visualisasi dan imaginasi pada frekuensi Alfa.
Ilham adalah hasil daripada tindakan berfungsi pada frekuensi Alfa. Ia amat diperlukan di dalam segenap lapisan kehidupan. Jika kebolehan ini diperkemaskan/dimurnikan ini akan dapat membantunya menjadi seorang penyelesai masalah yang berjaya. Apabila minda berfungsi pada frekuensi Beta ia akan menyelinap masuk ke frekuensi Alfa 30 kali seminit untuk ukuran masa dalam mikrosaat. Ketika inilah ilham akan muncul.
Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi mencapai ketepatan 4 daripada 5 ataupun 80 %. Dia akan menjadi lebih sihat kerana ilham muncul dalam frekuensi Alfa dan ketika itulah badan akan mengubati dirinya sendiri secara automatik. Dia akan kurang terlibat dengan kemalangan kerana berada di satu tempat pada satu ketika yang tepat, Ini juga bererti bahawa dia akan bernasib lebih baik daripada yang lain. Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi akan menyelesaikan lebih banyak Masalah kerana dia mendapat jawaban ketika keadaan kelihatannya seolah- olah mustahil Untuk mendapatkan sebarang jawaban. Jawaban datang melalui tekaan atau pun Mengikuti rasahati yang kesemuanya digolongkan sebagai ilham.
0 comments:
Post a Comment