Pages

Berhari raya di kampung

Tahun ini aku berhari raya di Kg. Kuantan, K. Selangor. Tak da apa yg istemewa sangat di kampung aku ni selain kelip-kelip. Yang menarik perhatian sepanjang hari raya ialah ketika sembahyang sunat Aidil Fitri. Semasa khatib berkhutbah di mimbar, tok siak dan beberapa orang kampung sibuk mengira duit sedekah di saf belakang.

Semasa sembahyang Jumaat pula, tok siak mengutip duit sedekah semasa khatib berkhutbah. Sambil melintasi setiap saf, tok siak menegur makmum yang baru masuk ke masjid.

Persoalan nya, tok siak kampung aku ni macam tak tahu hukum..sedangkan bilal dah bagitau..tiada pahala kepada sesiapa yg berkata-kata apabila khatib berkhutbah. Sampai bila orang kampung aku ni nak berubah.

Haji Jahaya macam biasa la..tiap-tiap tahun pasang khemah biru putih kat rumah mak dia..untuk menjamu orang kampung. Aku tak pernah pergi sejak adiknya Mimi dah aruah. Cuma kereta dia dan adik beradik nya yg menarik perhatian aku..tahun ni dia pakai SUV Porsche..plat no. JAY4..dashyat giler kereta famili dia...maju sakan agak nya KSS motor.

0 comments:

Post a Comment